Sabtu, 17 Julai 2010

Petua Dimurahkan Rezeki Dan Dipanjangkan Umur



Hadith: Dari Anas bin Malik r.a katanya,
dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah)
rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya,
maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim
(hubungan kasih sayang).” - (Bukhari)



Huraian

Silaturrahim berasal daripada bahasa Arab yang 
bererti menghubungkan ikatan kasih sayang. 
Silaturrahim merupakan suatu ikatan yang suci 
yang menuntut kita sebagai umat Islam sentiasa 
menjaganya malah seseorang itu tidak dikatakan 
beriman selagi ia tidak mengasihi saudaranya s
ebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri. Masakan 
manusia boleh hidup keseorangan. tanpa bergantung 
harap dan menerima kasih sayang daripada orang lain. 
Oleh itu jalinan silaturrahim adalah amat penting 
bagi sesebuah ummah itu hidup lebih cemerlang dan 
berjaya kerana ukhuwwah yang dipupuk di atas rasa 
cinta dan kasih kerana Allah pasti akan memberikan 
kekuatan pada jiwa mana-mana individu.


(u.p hati saya : nak murah rezeki n panjang umur x? )


[sumber:www.facebook.com/goislamituindah]


Jumaat, 16 Julai 2010

ku kan ke korbu




next week 27/07/2010 aku akan ke gunung korbo..
dah lame sgt xtraking kat hutan.
sambil menikmati keindahan alam ciptaan YANG MAHA ESA..

Gunung Korbu merupakan sebuah gunung yang terdapat di
Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Gunung Korbu mempunyai
ketinggian setinggi 2,183 meter atau besaam dgn
7156 kaki daripada paras laut

Gunung Korbu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit,
hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan Hutan Ericaceous
atau hutan gunung

Dari Ipoh menuju ke Tanjung Rambutan.
Di situ ada perkampungan orang Asli suku Semai.
Mendaki ikut Sungai Kinta. Jarak dari Tanjung Rambutan ke
Gunung Korbu ialah 16 km. Mulakan dari berek pasukan polis

Trek mencanak hingga ke G. Korbu, adakalanya trek
batu berlumut yang agak licin. Dari last water point kira-kira 4-6 jam.
Boleh mendirikan khemah di puncak yang boleh memuatkan 20 - 30 orang.
Suhu malam di puncak ini begitu dingin walau puncak agak dikelilingi
dengan pokok-pokok. Kini terdapat batu tanda dipuncak gunung.

Panorama menarik sekeliling G.Korbu. Boleh nampak G. Chamah -
G.Ulu Sepat arah ke Utara. Gunung-gunung sekitar Banjaran Titiwangsa.
Jalan CH - Simpang Pulai juga boleh nampak. Panorama neon
di waktu malam Bandaraya Ipoh dan sekitar.


(u.p hati saya : berat hati rase nye nak tinggal kan awk)

Khamis, 15 Julai 2010

kemampuan ku terbatas...

walaupun sehebat mane pun manusia tu, masih ade batasan nye...
walaupun dgn usaha yg beterusan, dgn sehabis tenaga, dgn sehabis usaha.
jika sudah sampan kemampuan nya dia xmampu utk lakukan ape2.
hanya sekadar beharap, berdoa dan bertawakal...
semoga ape yg dihajatkan akan termakbul...

sesungguh nya Allah maha berkuasa...

Rabu, 14 Julai 2010

bunga-bunga matahari....





tah macam mane boleh pg pesta flora.
mula nya cuma nak mkn roti telor 'n' kari kambing.
tp takkan nak mkn roti telor pun sampai ke putrajaya.
itu alasan je. niat sbnr nye nak jumpa seseorg.
dah lame rasenye xjumpa.
(baru 3 minggu lame sgt ke?)




lepas mkn je kebetulan dah dkt sgt dgn pesta tu,
ape lagi si dia terus mengajak ke sana.
kata nye teringin nak sgt tgk bunga.

hanya bebekal kan lanser handphone sony E yg xseberapa 
rasa nya sgt tak puas 'n' mendukacitakan..
sepatut nya ade h.p cibershot yg boleh 
merakam gmbr yg lebih berkualiti,
tp si empunya h.p tampa sengaja dah 
meninggal kan h.p di dalam bakul baju kat rumah.

nape gmbr dia je, gmbr sy xde ke?

dgn masa yg sgt singkat + sekejap.
dapat la pusing 'n' mundar-mandir kat pesta tu.
rase seronok dapat pg sane..
sukur masih dapat menikmati ciptaan tuhan.
ape yang  diciptakan tuhan itu ade sebab dan musabab nye.

(u.p hati saya : h.p 'n' kunci rumah suatu yg penting)

Selasa, 13 Julai 2010

tak salah jika cemburu

nape cemburu?????


Cemburu Dituntut Islam & Jangan Marah


Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu,
benar cemburu buta memang menyusahkan, 
memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini menyiasat, 
saya nasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami anda yang melakukan 
tindakan demikian dan jangan juga merasakan kecil hati sambil membuat 
kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri anda. Kerap berlaku, 
suami akan segera disalah erti sebagai tidak mempunyai kepercayaan’ kepada isteri.




Sebenarnya, 
kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam 
dan menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab 
dan sedang subur imannya.


Selain itu, 
bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri 
solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan 
dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. 
Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari sang suami, 
isteri sudah pandai menjaga aurat, m
aruah dan dirinya.


Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga 
maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.


kerana untuk mengelak kan dayus...


nape dayus????


pergetian dayus


Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :


Sabda Nabi :
Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : 
” Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu Si DAYUS, 
si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak” 
lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, 
tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : 
“IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) – 
( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)


Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS
adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil 
endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya 
membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya 
dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.


Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, 
sehingga disebutkan dalam satu athar :
Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus 
( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana 
itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan 
diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )


Secara Mudahnya Lelaki Akan Menjadi Dayus Jika:


Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya 
dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat 
(jika bekerja) atau di luar rumah.


Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang 
tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, 
serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.


Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya 
terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua 
kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.


Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ 
dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.


Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan 
pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ’spoting’ yang memahami.


Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak 
perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.


Membiarkan anak perempuannya memasuki Akademi Fantasia, Mentor,
Gang Starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan 
kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.


Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon 
dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas 
dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa 
berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.


Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.


Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh 
lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam 
seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.


Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor 
lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.


Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor 
lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai 
doktor wanita.


Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman l
elaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.


Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan 
pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.


Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika 
semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya 
secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku 
secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 
‘dayus’ kepada dirinya.


(u.p hati saya : sy cemburu tak?)

Isnin, 12 Julai 2010

hati saya

Siti = Gelaran bagi perempuan
Zubaidah = Excellent   

(u.p hati saya : awk hati sy)

ingin benar berjumpa dgn seseorang


sudah hampir 3 minggu tidak bejumpa
hampir spt 3 purnama.. 
dalam perhubungan yg mencecah usia sethn..
rase nye tak penah begini lame tak jumpa




(u.p hati saya : sy telalu rindu awk)