Sabtu, 17 Julai 2010

Petua Dimurahkan Rezeki Dan Dipanjangkan Umur



Hadith: Dari Anas bin Malik r.a katanya,
dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah)
rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya,
maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim
(hubungan kasih sayang).” - (Bukhari)



Huraian

Silaturrahim berasal daripada bahasa Arab yang 
bererti menghubungkan ikatan kasih sayang. 
Silaturrahim merupakan suatu ikatan yang suci 
yang menuntut kita sebagai umat Islam sentiasa 
menjaganya malah seseorang itu tidak dikatakan 
beriman selagi ia tidak mengasihi saudaranya s
ebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri. Masakan 
manusia boleh hidup keseorangan. tanpa bergantung 
harap dan menerima kasih sayang daripada orang lain. 
Oleh itu jalinan silaturrahim adalah amat penting 
bagi sesebuah ummah itu hidup lebih cemerlang dan 
berjaya kerana ukhuwwah yang dipupuk di atas rasa 
cinta dan kasih kerana Allah pasti akan memberikan 
kekuatan pada jiwa mana-mana individu.


(u.p hati saya : nak murah rezeki n panjang umur x? )


[sumber:www.facebook.com/goislamituindah]


1 ulasan:

bocah cilik berkata...

mari berkasih sayang :)