Selasa, 13 Julai 2010

tak salah jika cemburu

nape cemburu?????


Cemburu Dituntut Islam & Jangan Marah


Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu,
benar cemburu buta memang menyusahkan, 
memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini menyiasat, 
saya nasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami anda yang melakukan 
tindakan demikian dan jangan juga merasakan kecil hati sambil membuat 
kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri anda. Kerap berlaku, 
suami akan segera disalah erti sebagai tidak mempunyai kepercayaan’ kepada isteri.




Sebenarnya, 
kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam 
dan menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab 
dan sedang subur imannya.


Selain itu, 
bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri 
solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan 
dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. 
Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari sang suami, 
isteri sudah pandai menjaga aurat, m
aruah dan dirinya.


Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga 
maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.


kerana untuk mengelak kan dayus...


nape dayus????


pergetian dayus


Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :


Sabda Nabi :
Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : 
” Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu Si DAYUS, 
si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak” 
lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, 
tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : 
“IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) – 
( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)


Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS
adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil 
endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya 
membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya 
dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.


Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, 
sehingga disebutkan dalam satu athar :
Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus 
( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana 
itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan 
diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )


Secara Mudahnya Lelaki Akan Menjadi Dayus Jika:


Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya 
dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat 
(jika bekerja) atau di luar rumah.


Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang 
tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, 
serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.


Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya 
terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua 
kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.


Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ 
dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.


Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan 
pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ’spoting’ yang memahami.


Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak 
perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.


Membiarkan anak perempuannya memasuki Akademi Fantasia, Mentor,
Gang Starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan 
kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.


Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon 
dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas 
dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa 
berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.


Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.


Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh 
lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam 
seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.


Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor 
lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.


Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor 
lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai 
doktor wanita.


Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman l
elaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.


Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan 
pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.


Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika 
semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya 
secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku 
secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 
‘dayus’ kepada dirinya.


(u.p hati saya : sy cemburu tak?)

2 ulasan:

HaKU yG CoMeY berkata...

buah hati sy cemburu..ngeeeeeeee

bocah cilik berkata...

kamu mmg kuat cemburu